Serangga Kecil. Powered by Blogger.
RSS

Wednesday, December 8, 2010

SEMBAHYANG BUKAN IBADAT MUDAH


MUSLIM sejati mentaati segala perintah Allah dan memelihara diri daripada perkara ditegah, malah berhati-hati dalam beribadat termasuk solat yang menjadi tiang agama.

Apabila bersolat golongan ini mengerjakannya dengan ikhlas dan khusyuk, sama ada secara bersendirian atau berjemaah dengan penuh adab serta tertib.

Tetapi sekiranya seseorang Muslim itu tiada pengetahuan, sudah tentu solat tidak dapat dikerjakan dengan sempuma, malah gagal mencapai darjat khusyuk yang sebenar.

Penceramah bebas, Omar Abdul Rahnian, berkata solat bukanlah ibadat mudah seperti disangkakan sesetengah pihak, sebaliknya Ia memerlukan kekuatan ilmu supaya dapat dilakukán dengan baik.

Ramai antara kita tidak khusyuk ketika mengerjakan solat, malah ada yang solat sambil lewa, hilang tumpuan, banyak angan-angan dalam solat, saIah mengangkat takbir dan cara berdiri.

“Ada juga yang bersolat dengan menggoyangkan badan dan menggerakkan anggota badan dengan berlebihan.”

“Walaupun ada sesetengahnya boleh dimaafkan, ia dikhuatiri akan menyebabkan solat menjadi batal, “ katanya dalam satu ceramah di Surau Al-Hidayah, Taman Kesumba, Rawang, Selangor, baru-baru ini.

Ceramah bersiri itu dihadiri penduduk tempatan, baik yang muda mahupun tua bagi menambah ilmu agama, sekali gus memantapkan lagi prestasi ibadat setiap hari.
Beliau berkata, golongan yang meringankan solat akan diseksa Allah dengan 15 seksaan, dengan enam di dunia dan masing-masing tiga seksaan saat meninggal dunia di dalam kubur dan ketika bertemu Tuhan pada hari kiamat.

Antara seksaan di dunia, katanya, tiada keberkatan dalam kehidupan, sukar mendapat rezeki dan dihilangkan seri cahaya pada muka.

Menurutnya, orang tidak bersolat juga hidup dalam kekufuran dan segala kebajikan dilakukan tidak mendapat pahala.

“Doanya tidak diangkat ke langit manakala matinya dalam kehinaan, penuh kelaparan dan dahaga teramat sangat. Orang yang tidak bersolat juga disempitkan kubur mereka,” katanya.
Katanya, seksa ketika bertemu Allah pada hari kiamat termasuk dihela sehingga jatuh ke bumi dengan rantai diperbuat daripada api neraka sepanjang tujuh puluh hasta diikat pada tengkuk.
Ia dimasukkan ke mulut dan keluar pada dubur tanpa kasihan serta kekal tanpa pengampunan Allah kerana kekufurannya...

" Hidup di Dunia hanya sementara"

No comments:

Post a Comment