Serangga Kecil. Powered by Blogger.
RSS

Wednesday, December 15, 2010

10 TABIAT MEROSAKKAN OTAK


1. Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. Selain itu kandungan gula dalam badan penting, kena balance terlebih gula mungkin akan menyebabkan diabetes kurang gula juga membahayakan kesihatan. Gula yang terlalu sedikit boleh menyebabkan anda pengsan.

5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. Kita mengeluarkan CO2 dan menyerab oksigen. Tetapi bila kita tidur menutup muka, udara yang kita sedut akan mengandungi lebih banyak kandungan c02 kerana co2 terperangkap di dlm selimut yang kita dijadikan menutup muka.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
Semasa tidak sihat, otak kita perlukan rehat...so bila kita paksa juga maka sel-sel otak akan rosak. Seperti kita bila kita tak larat, kalau kita paksa juga kita bekerja, maka kita boleh pengsan....fikir la...yea

9. Kurang berimiginasi

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita. Sebab tu selepas cuti panjang kalau kita langsung tidak menggunakan otak kita, awal semester kita akan rasa selerti otak kita kosong...betul tak.
"jadi yang da tw 2 jgn la amalkan ye"

No comments:

Post a Comment